 Rasulullah SAW menjelaskan bahwa al-Asma al-Husna ini jumlahnya ada 99, karena ALLAH menyukai bilangan yang ganjil. Sesungguhnya
ALLAH mempunyai sembilan puluh sembilan nama, yaitu seratus kurang
satu. Barangsiapa menghitungnya, niscaya ia masuk surga. (H.R. Bukhari
dan Muslim)
Sembilan puluh sembilan nama
tsb menggambarkan betapa baiknya ALLAH. Nama-nama dalam Asmaul Husna
ini, ALLAH sendirilah yang menciptakannya. Dia-lah ALLAH yang
Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai
Nama-Nama yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit
dan di bumi. Dan Dia-lah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS.
Al-Hasyr: 24)
Sebutlah nama-nama ALLAH, dalam setiap zikir dan
doa kita. Jika kita memohon diberi petunjuk, sebutlah nama Al-Hâdi (Maha
Pemberi Petunjuk). Jika kita mohon diberi sifat kasih sayang, sebutlah
nama Ar-Rahmân (Maha Pengasih). Semoga doa kita akan semakin makbul. Anjuran untuk menggunakan Asmaul Husna dalam berzikir dan berdoa, diterangkan oleh ALLAH SWT dalam Al-Quran. Hanya
milik ALLAH asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut
asma-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari
kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat
balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (QS. Al-A'râf: 180)
Asmaul
Husna hanya milik ALLAH SWT. Manusia sebagai makhluk-Nya hanya dapat
memahami, mempelajari, dan meniru kandungan makna dari nama yang baik
tsb dalam kehidupan sehari-hari.(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku
Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu
Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi) (red: di baca dengan mengatakan
kalimay "ya" yang artinya wahai. misalnya sifat Allah, di baca dlam
zikir dengan "Ya Allah", Ar-Rahman dibaca dengan "Ya Rahman", dst)
1. Allah apabila
dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud
atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam
mencapai segala yang dihajati.
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah" apabila
dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan
menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang
dengan izin Allah.
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang apabila
dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai
daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih
serta sayang terhadap kita.
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah apabila
dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya
matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan
berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. Al-Quddus - Maha Suci apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6. As-Salam - Maha Penyelamat apabila
dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan
terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman apabila
dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala
kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam
gangguan yang merosakkan.
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga Maha Pemaksa apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10.Al-Jabbar- Yang Maha Gagah apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar apabila
dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita
akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu
yg setia.
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta dibaca mengikut
kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat
menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas
dan cepat tangkap (faham).
13. Al-Bari' - Maha Perancang sekiranya
kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x
selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari
kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk sekiranya
seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah
ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Minggu hingga Sabtu.
Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya
Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka
puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya
dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak,
bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun sambil
beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci)bacalah zikir ini
sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah
akan diampunkan dosa-dosa kita.
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan dizikir
menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari
ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang
selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi dizikir
sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam
kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa
pun akan hilang.
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki dizikir
mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya
Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki
akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan
ikhtiar/usaha yang zahir.
19. Al-Fattah - Maha Pembuka dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup Bagi
mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain,kuatkanlah usaha &
berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari,
InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23. Al-Khafid - Maha Penghina dizikirkan
sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk,
InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai
musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi dizikirkan
setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah
keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain
akan selamat & terhindar dari kecurian.
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan dizikirkan
sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan
yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan Perbanyakkanlah
zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita &
sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar &
membayar hutangnya kembali.
27. As-Sami^ - Maha Mendengar Sekiranya
inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam,
biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi
sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. Al-Basir - Maha Melihat Dizikirkan
sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita
terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah
dari Allah.
29. Al-Hakam - Maha Menghukum dizikirkan sebanyak
68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati
seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan
mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. Al-^Adil - Maha Adil dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. Al-Latif - Maha Halus Dengan
memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para
peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris
& maju.
32. Al-Khabir - Maha Waspada Dengan
memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat
banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah
dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. Al-Halim - Maha Penyantun Dizikirkan
sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai
kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah
dipastikan kedudukannya tidak akan dijatuh atau diungkit-ungkit atau
tergugat.
34. Al-^Azim - Maha Agung dizikirkan sebanyak 12 x
setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah
akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan
lalu diusap-usap pada seluruh badan,maka dengan izin Allah akan
terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun bagi
orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan
mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya,
InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun dizikirkan
sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih
kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.
Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya Untuk
mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110
x (** di dalam bahasa Arab lalu direndam pada air yang dingin &
diberikan si anak, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan
berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38. Al-Kabir - Maha Besar Bagi
seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara
sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari
berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah.
Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung dizikir
sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan
binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan Sekiranya
kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau
di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka
perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat &
segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi Untuk
memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini
sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib,
InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. Aj-Jalil - Maha Luhur Barangsiapa
mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah
kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan
bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan
kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan
izin Allah.
43. Al-Karim - Maha Mulia Untuk mencapai darjat
yang tinggi & mulia di dunia maupun di akhirat kelak, maka amalkan
zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan
mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas Bagi
meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang
dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar
barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh &
sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya.
Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan Maha
Benar Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya &
agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah
mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah
Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya Apabila
di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi
& petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan
Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan
menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana Bagi
pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari,
InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal
& mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap
hari.
48. Al-Wadud - Maha Pencinta Amalkan zikir ini sebanyak
11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang
sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa
berada didalam keadaan harmoni.
49. Al-Majid - Maha Mulia Untuk
ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa
menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga,
maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah
tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota
keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua
keluarga
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan Zikirkan sebanyak
100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi
kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan Apabila
ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam
sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52 Al-Haqq - Maha Benar Perbanyakkan
zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan
iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. Al-Wakil - Maha Berserah Sekiranya
terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka
ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan
menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan Amalkan
zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan
dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya Amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar
sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa
gentar untuk mengganggu.
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi Barangsiapa
yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali
mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan
kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang
yang bersifat dengki.
57. Al-Hamid - Maha Terpuji Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung Sekiranya
kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu
dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin
sesudah solat 5 waktu.
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan Andai
ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan
zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah
dipertunjukkan akan hasilnya.
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. Al-Mumit - Maha Mematikan Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. Al-Hayy (baca "ya Hayyu"- Maha Hidup Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya Telah
berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta
yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin
berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka
berzikirlah dgn "Ya Hayyul Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam
atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan,Insya Allah
akan tercapai segala hajat.
65. Al-Wajid - Maha Menemukan Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. Al-Majid - Maha Mulia Demi
kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran,
maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. Al-Wahid - Maha Esa Bagi
pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk
menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai
menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga
hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...
68. As-Samad - Maha Diminta Ketika
dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup,maka pohonlah kepada
Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa
segar & sentiasa.
69. Al-Qadir - Maha Kuasa Apabila kita
berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini
sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan Agar
tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara
lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga
ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan
keberhasilan hajat kita.
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan Menurut
Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir
dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala
usahanya akan berhasil".
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah,perbanyakkanlah zikir ini.
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan Amalkanlah
zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi
(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia
yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan Memperbanyakkan
zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu
menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan
para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi Sekiranya
kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka
yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin
sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya
& segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. Al-Barr - Yang Maha Berbuat Baik Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi Bagi
sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja
yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu
siang mahupun malam.
84. AL MAALIKUL MULKI - Maha Pemilik Kekuasaan Seseorang
pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa
diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x
sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan.
InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. Dzul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan Amalkanlah
zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala
hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili Berzikirlah
dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan
menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan Sekiranya
ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah,
maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat
semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang
lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya Amalkanlah
zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita
usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan
mendapat berkat.
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan Mintalah
kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada
Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita
akan tercapai.
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak Andai kita
selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat
subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang
zalim & suka membuat angkara.
91. AD-Dharru- Yang menyampaikan mudharat. Asma
ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi &
telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap
hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.
92. An-Naafi' - Maha Pemberi Manfaat Menurut
Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari,
maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang
susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya Menurut
Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki
kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik
kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu
berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk Bagi
sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia
tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan
zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas
dari kesesatan tersebut.
95. Al-Badi^ - Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya Untuk
tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da
sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang
direncanakan.
96. Al-Baqi - Maha Kekal Amalkanlah zikir ini
sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar
ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah
terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir
ini.
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi Sekiranya kita
berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya
segala urusan kita itu berjalan lancar,maka hendaklah pada setiap malam
berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x.InsyaAllah berkat zikir ini
Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan
baik & memberangsangkan.
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana Walaupun
kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah
zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah
cerdas.
99. As-Sabur - Maha Penyabar Agar kita diberi
kesabaran oleh Allah dalam segala hal,maka perbanyakkanlah zikir ini
menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada
Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan. |